JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH
UNTUK JADI MISKIN SEMULA
Pernah
dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah
yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah
Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir
pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan
berasal dari kerabat diraja.
Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :
Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :
1) Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan
memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia
mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh
hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.
2) Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau
interest (tiada Bank Islam waktu tu).
3) Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti
hingga waktu Isyak.
4) Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur
Tengah.
5) Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.
6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt
telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?
7) Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan
dan masih membayar untuk tiketnya.
8) Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.
9) Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah
lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di
Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.
10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam.
Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang
menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi
membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang
beriman.
11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar
kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.
12) Semuanya Allah
punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.
MORAL
CERITA : NAK
JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI
KAYA.
No comments:
Post a Comment