Labels

Saturday, January 26, 2013

Ketagih Makan Obat Nyamuk


Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.

“Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

"Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..."



Mungkin anda sudah membaca kisah luar biasa ini sebelum ini, mungkin ada lagi pengunjung DCM yang masih belum membacanya. Saya olah semula tulisan ini daripada sebuah laman blog Indonesia yang menterjemahkannya dari laman sesawang berbahasa Inggeris.

Hawa udara di Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong anaknya. 

Menurut laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit. 

Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.

Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.

Tiga tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.

Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.

Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." 

Friday, January 11, 2013

Mak Aih!! Macam mana Vios ni boleh terbang ?



SEHARI dua ni kecoh mengenai foto sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu.

Kerana di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor.

Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan...

Kalau aku tahu Vios powerfull macam ni... sudah tentu dulu aku beli Vios... he..he..he.. siapa tahu kisah sebenar Vios terbang ni?




Bayi 9 bulan dah pandai berenang.. wow..



 



*baby ni dah praktis dr dlm perut lg kot.. J sbb mak dia bekas jurulatih renang..