Mungkin anda sudah
membaca kisah luar biasa ini sebelum ini, mungkin ada lagi pengunjung DCM yang
masih belum membacanya. Saya olah semula tulisan ini daripada sebuah laman blog
Indonesia yang menterjemahkannya dari laman sesawang berbahasa Inggeris.
Hawa udara di
Changchun, Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang
lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan
sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata terbeliak.
Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus
lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil menggendong
anaknya.
Menurut laporan City
Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li Yuanyuan tergesa-gesa
memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian.
Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan
rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk
memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang.
Dengan cara inilah tiga beranak ini ke rumah sakit.
Ibu Yuanyuan
lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya
keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya
berlaku ketika Yuanyuan berusia 7 tahun. Kejadian itu benar-benar merubah
kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas
kejadian itu.
Sejak saat itu,
Yuanyuan menjadi tulang belakang keluarganya. Yuanyuan menyara keluarganya
dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang
tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya.
Pengorbanan
Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba
membantu sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai
tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi
akupunktur. Tabib itu bahkan mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk
mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring,
manakala otot kakinya sering kejang, dan sakitnya begitu memeritkan.
Tiga tahun lalu,
Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan anak
perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya,
malah dia dan suami bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga ibunya.
Bagi Yuanyuan,
selama 21 tahun berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan
dirinya sangat bahagia kerana masih memiliki seorang ibu.
No comments:
Post a Comment