Labels

Saturday, December 29, 2012

Gila..Masjid Khusus Gay akan Dibuka di Perancis 30 November



DUNIA DAH NAK KIAMAT...apa punya ajaran...apa guna sembahayng...kalau dosa besar dok buat....sia-sia...gila2...

Sebuah masjid khusus kaum gay atau penyuka sesama jenis akan segera dibuka di Perancis. Mulai bulan depan, baik lelaki mahupun wanita penyuka sesama jenis boleh beribadah di masjid tersebut. Pendiri masjid bahkan berharap akan boleh mengadakan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.

Seorang leaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun lama tinggal di Prancis yang mendirikan masjid tersebut. Zahed yang menyatakan diri sebagai lelaki homoseksual ini, akan merasmikan pembukaan masjid tersebut pada 30 November mendatang.

Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha setempat. Tujuan Zahed membuka masjid khusus kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan atmosfer penuh intimidasi bagi lelaki gay.

"Di dalam masjid biasa, wanita harus duduk di belakang dan mengenakan mukena dan lelaki gay takut akan serangan verbal mahupun fisik," tutur Zahed kepada surat khabar Turki, Daily Hurriyet dan dilansir International Business Times, Khamis (22/11/2012).

"Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyadari bahwa masjid bagi kaum gay merupakan suatu keharusan bagi umat muslim yang gay, yang ingin melakukan salat," imbuh lelaki yang telah menikah dengan pasangan gaynya tersebut.
Kepada surat khabar Turki tersebut, Zahed juga mengungkapkan sedikit pengalaman hidupnya. Zahed mengaku awalnya dirinya sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.

"Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Aljazair, tapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan teroris yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyadari bahwa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam," terangnya.

Zahed menambahkan, dalam masjid khusus kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki diperbolehkan salat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.

Ketika ditanyai apakah perkahwinan sejenis akan digelar di masjid itu, Zahed menjawab: "Kami akan mulai dengan solat-solat Jumaat, namun kami akan mengadakan pernikahan setelah itu."

Saturday, December 22, 2012

"GoncanG" Depan Pintu....!!!



SEORANG lelaki dibawa polis selepas ditahan penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Sejak tiga bulan lalu penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di sini dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di depan pintu rumah mereka.
Hampir 15 penduduk pernah menjadi mangsa apabila cecair yang menimbulkan bau kurang menyenangkan dan tidak diketahui asal-usulnya itu mengotori rumah mereka.
Akhirnya misteri itu terjawab kelmarin selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22 tahun yang mempunyai hobi pelik iaitu suka melakukan onani di depan pintu rumah orang.
Seorang penduduk, Chong Chee Kong, 32, berkata, mereka menahan pemuda berasal dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir itu pada pukul 9 malam kelmarin selepas hampir dua bulan melakukan intipan.
Katanya, sebelum ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita yang tinggal di tingkat tiga dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu melepaskan nafsunya.