Labels

Saturday, May 10, 2014

SALJI TURUN DI VIETNAM


Kalau sebelum ni kita telah dikejutkan dengan isu salji yang turun di mesir dan pelbagai tanggapan mengenainya telah pun timbul antaranya semakin dekatnya usia bumi ini dengan hari kiamat dan sebagainya. Pada 15 Disember 2013 baru-baru ini pulak vietnam di kejutkan apabila fenomena salji jatuh di utara Vietnam terutamanya di pergunungan Sapa, daerah Lao Cai dan Ha Giang.
 
 
 



Kalau korang nak tau ini bukanlah perkara yang pelik kerana salji pernah dilaporkan turun beberapa kali pada setiap tahun iaitu pada 19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. Terkini pada ahad 15 Disember 2013, salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.


semua ini boleh terjadi kerana Allah berkehendak untuk melakukan apa sahaja, mungkin apa yang berlaku di penghujung tahun 2013 ini adalah sebagai peringatan kepada kita semua yang masih lalai dan alpa. Mungkin tak lama lagi Malaysia pun boleh merasai musim salji.



No comments:

Post a Comment