Ambillah iktibar dari cerita ini. [Dipetik dari
majalah BICARA keluaran bulan Julai] Kisah berikut adalah sebuah kisah benar
yang telah berlaku di sebuah perkampungan nelayan di Sabah dan bukan lah satu
cerita rekaan yang sengaja diada-adakan oleh penulis untuk menakut-nakutkan
pembaca. Semoga kisah ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita.
Allah akan membalas setiap apa pekerjaan yang kita
lakukan tidak kira samada ianya melibatkan manusia, tumbuhan mahupun haiwan.
Selagi kita semua adalah makhlukNya selagi itulah pulangan terhadap setiap
perbuatan kita akan dibalas.
Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda
pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaul bersama kawan-kawan
sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diri daripada masyarakat setempat dan
sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat
mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan
kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya.
Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap
Nordin tidak cukup sifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar
menggelarnya ‘pondan’. Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak
gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta
mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuah perkampungan
nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu.
Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi
dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah
seorang lelaki yang tidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh
kawan-kawannya. Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah
tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang
tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-mana
perempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati.
Kebanyakannya lebih suka memilih jejaka yang tampan
dan mempunyai pekerjaan tetap di bandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan
masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya
sahaja. Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan.
Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak
mengena.
Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut,
biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua
turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan
tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di
tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang
pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang
diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan
apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Terus beliau
menghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu.
Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak
ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu.
Nampaknya Nordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpa
berlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di
rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan
pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya
di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung.
Tiba-tiba mata beliau tertumpu pada alat kelamin pari betina yang sedang
mengembang dan mengempis. Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa
ketika.
Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba
Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah
yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora
selepas menyentuh alat kelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi
untuk melemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah
menerima pakai rancangan – rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang
bersorak keriangan. Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu
berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah
dan mati akibat terkena suatu goncangan yang kuat.
Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari
betina itu semahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering
mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai,
dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendir putih yang terpelusuk
di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman. Puas. Tanpa perasaan jijik,
dimasukkan pari itu ke dalam tong ais bersama-sama dengan ikan-ikan yang lain
untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas
makan malam, tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang
tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi
Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari
berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai
pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu.
Nordin berdayung dengan gelojohnya. Nafasnya turun
naik bersama syaitan yang bersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan
pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke
seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan
kerakusan goncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk.
Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan
pari betina itu terus ke tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari,
gempar seluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar
terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak
siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk. Nordin pula
meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal
atas perbuatannya itu. Pagi itu Nordin turun ke laut dengan kawan-kawannya
memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordin akan berangan-angan untuk
mendapatkan pari yang lebih besar.
Apabila tidak bertemu beliau akan berasa geram dan
marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah
ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan
gelora nafsu. Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betina
hasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepat Nordin
turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untuk menangkap ikan pari
betina yang lebih besar agar ‘kenikmatan’ akan bertambah. Setelah berpanas
menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina
yang besar seperti yang diidamkannya.
Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang
lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hati
Nordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masih hidup itu
namun ditahannya hingga ke rumah.
Begitulah hasutan syaitan terhadap nafsu Nordin.
Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duri berbisa pari tersebut, terus
beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari
yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu
kuat. Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia
rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya
beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah dengan itu
semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah
yang akan menjadi mangsa.
Petang itu tanpa berasa jijik dan kotor dibasuhnya
ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yang berpeleseran di tepi
rumahnya. Berebut-rebut kanak-kanak itu membeli pari besar dan banyak isi itu
untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari
sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya
pada perempuan. Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun
dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan
lama. Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar
bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya.
Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya
satu masa dahulu.
Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah
ketiadaan ibu dan ayah. Ramli bercadang untuk bermalam barang seminggu
dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramli sempat belajar hingga ke
Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak
mengizinkan beliau menyambung pelajaran.
Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan
Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau
terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari
hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada di kuala laut
menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin
mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan.
Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besar
Ramli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agar kembali
insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah
bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke
pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafan Nordin dan bersyukur pada Tuhan.
Rupanya Tuhan telah menghantar Ramli untuk memberi peluang kedua pada Nordin
agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya
muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora
nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana
keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu.
Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang
tiada henti-henti menguji setiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut
memasang pukat. Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina
yang besar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina
itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa
perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga dihayunnya senjata tajam miliknya
yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin
semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka
berdayung, tiba-tiba beliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali
ini. Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi
bertukar menjadi perit dan pedih.
Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit
seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras.
Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti
ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di
tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari
yang belum lahir dalam perut ibunya. Akhirnya Nordin keras dan meninggal di
situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama
ini.
Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot
Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas
tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari
betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu
mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali.
Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka
itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu
dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah
Nordin di luar perkampungan itu.
Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara
dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja
tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana
perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah.
Begitulah betapa Tuhan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja
seperti dalam firmanNya yang bermaksud “Jauhkan dirimu dari zina kerana zina
itu kebinasaan,”
No comments:
Post a Comment