Labels

Sunday, December 29, 2013

Unik! Wasiat Daripada Seorang Suami Kepada Isteri

Unik! Wasiat Daripada Seorang Suami Kepada Isteri | Wasiat merupakan antara amanat terakhir dari seseorang yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya wasiat ini mengandungi tentang pembahagian harta pusaka kepada kelaurganya. Kisah di bawah ini menceritakan tentang seorang isteri yang merungut akan wasiat arwah suaminya. Namun hakikat sebenarnya wasiat tersebut adalah yang terbaikberbanding harta dunia. Persoalannya, apakah wasiat tersebut? Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: 1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). 2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. 3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. 2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. 3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. 4. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. 5. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. 6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. 7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut(yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. “Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.” “Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.” “Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.” “Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).” Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Saturday, November 9, 2013

Aku, Sebungkus Biskut Dan Pengemis itu


Bau menyengat menyeruak manakala seorang perempuan naik ke dalam bas. 
Mereka mungkin ibu dan anak. Anak kecil itu mungkin berusia 2 tahun menurut 
pengamatanku. Aku menahan nafas. Busuk dan hancing. Beberapa penumpang 
lain turut terganggu dengan aroma yang datang. Mereka duduk benar-benar di 
sebelahku. Ingin saja aku mengeluarkan sapu tangan dan membekap hidungku. 
Tapi aku khuatir tindakanku akan menyakiti mereka. Bukankah semua manusia 
itu sama saja? Seolah-olah mereka juga sedar jika kehadiran mereka kurang 
menyenangkan para penumpang bas yang lain. Gerak geri mereka mencerminkan 
rasa kekok. Setelah berhasil menguasai diri, barulah mereka bersuara dan saling 
bercakap sesama sendiri. Si ibu berbicara tentang rancangannya untuk mencuba 
nasib di tempat kerja yang baru. Di sebuah pekan yang sentiasa sibuk. Tidak 
jauh dari tempat kerjaku. Mungkin untuk menjalankan kerja mereka sebagai – 
aku memerhatikan penampilan mereka, -pengemis.

Anak kecil itu memandang ke arahku. Bening. Sepasang mata yang bening itu 
mencerminkan kesucian dirinya. Begitu murni dan tak berdosa. Dia seharusnya 
berada di tempat yang lebih baik. Tidak sepatutnya dengan usia sekecil ini dia 
berada dalam gendongan ibunya dan belajar meminta belas daripada orang 
ramai. Hatiku tersentuh. Tanganku bergerak menyeluk saku beg galasku. Aku 
mengeluarkan sebungkus biskut. Aku menimbang-nimbang sesaat dalam hatiku. 
Sebenarnya, hanya biskut inilah sarapan untukku di pagi ini. Aku putuskan untuk 
menghulurkannya kepada anak kecil itu. Ibu kepada anak kecil itu terperangah. 
Mungkin tidak sangka dengan tindakanku. Lambat-lambat dia mendorong 
tangan kecil itu untuk menerima sebungkus biskut yang kuhulurkan.

"Ucap terima kasih, nak," begitu halus tutur yang dilanturkan oleh si ibu sambil 
tunduk memandang anak kecil dipangkuannya.

Bibir comel itu merekah dan tersenym. Walaupun dengan wajah yang agak kotor, 
dia kelihatan begitu manis sekali. Anak kecil itu menggenggam biskut pemberianku 
erat-erat. Sejurus kemudian, si ibu membuka bungkusan biskut dan memberikan 
kepada anak kecil itu. Dia makan dengan lahapnya. Jelas, anak kecil itu sangat 
lapar. Para penumpang bas yang lain melihatku dengan sedikit mencebik. Mungkin 
mereka marah kerana aku menyenangkan orang yang telah membuat mereka berasa 
tidak selesa. Sebenarnya, aku boleh saja tidak menghiraukan perempuan dan anak 
kecil itu. Mungkin saja anak kecil itu diculik dan dijadikan umpan untuk melancarkan 
pekerjaan pengemis tersebut. Dan aku adalah mangsa pertama mereka pagi ini. 
Terlalu banyak kemungkinan. Tetapi... lebih dari itu aku tidak mahu memikirkannya. 
Anak kecil itu bagaikan magnet buatku. Menarik perhatianku. Menarik rasa hiba 
di hatiku.

Di perhentian bas yang berikutnya, aku turun dan kami berpisah. Masih sempat 
kulihat mereka menatapku melalui tingkap bas. Perempuan pengemis itu memegang 
tangan anaknya dan melambaikannya ke arahku. Aku membalas, melambai kecil.

Mengapa anak kecil itu harus tumbuh dikalangan manusia yang sukar untuk 
memberikannya masa depan? Adakah dia juga akan menjadi pengemis seperti 
perempuan itu. Aku masih lagi memikirkan perihal perempuan pengemis dan 
anak kecil itu dalam perjalananku ke Restoran Makanan Laut. Tempatku bekerja. 
Sesampainya di sana, aku cuba membuang fikiranku tentang mereka. Masih 
banyak yang harus kufikirkan. Tentang perbelanjaan sekolah adik-adikku di 
kampung. Tentang sewa rumahku, bil air dan elektrik. Ya, tentang hutangku 
yang masih belum terlunaskan. Kepalaku sudah terasa mahu pecah.

Jam 5:00 petang, waktu kerjaku tamat. Aku menarik nafas lega. Hari ini sangat 
melelahkan kerana pengunjung begitu ramai. Mendung sudah bergayut berat di 
dada langit. Dalam bila-bila masa saja hujan akan turun. Aku berlari-lari anak 
membelah lalu lintas yang padat. Dalam situasi begini, semua orang ingin bergerak 
cepat tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Apalagi sekadar pejalan kaki 
sepertiku. Sampai saja di perhentian bas, hujan turun mencurah-curah. Bukan itu 
sahaja, angin yang tadinya bertiup kencang kini semakin menggila. Aku mendakap 
beg galasku erat-erat. Tubuhku sudah habis basah kerana air hujan yang 
berhamburan.Pohon-pohon bergocang dan kabel-kabel elektrik mengombak 
kencang. 

Tiba-tiba aku melihat ada yang datang menembus angin dan hujan. Semakin 
hampir, barulah aku mengecam mereka sebagai perempuan pengemis dan 
anak kecil bermata bening itu.

Akhirnya mereka sampai juga di perhentian bas yang sama. Mereka duduk 
di hujung bangku panjang ini. Sesaat kemudian si ibu kelihatan bingung mencari 
sebelah selipar anak kecil itu. Selipar yang bagi mereka mungkin sangat berharga. 
Selipar pelindung kaki anak kecil itu mungkin terjatuh saat mereka berlari ke sini 
tadi. Si ibu menurunkan anak kecil itu dan memujuknya untuk duduk diam di 
perhentian bas tersebut.

"Tunggu sebentar, nak. Jangan pergi ke mana-mana, ya."

Setelah yakin anak kecil itu bebas dari rasa takut, si ibu berlari ke arah yang 
mereka lewati tadi. Kembali membelah hujan dan angin. Mencari selipar anak 
kecil itu.

Kilat menyambar langit. Anak kecil itu menangis ketakutan. Jangankan anak 
kecil, orang dewasa juga akan merasa gerun dalam cuaca seperti ini. Saat itu, 
sebuah bas berhenti di tempatku berdiri. Semula lagi aku menimbang dalam 
hatiku sama ada mahu menaiki bas tersebut atau tidak. Dan sekali lagi hatiku 
memihak kepada anak kecil bermata bening itu. Aku melangkah perlahan ke 
arah anak kecil yang sedang menangis ketakutan itu. Beberapa langkah, ....

"Kraaak...! Bummm!!!"

Terdengar suara dentuman yang kuat dari arah belakangku. Refleks aku 
terpekik dan melompat. Sempat kurasakan hentakan di belakangku. Aku 
membalikkan badan dan pemandangan yang terdampar membuatku 
terperangah. Sebuah pohon besar yang ada di perhentian bas tersebut 
tumbang dan melesakkan sebahagian atap perhentian bas tersebut. Bas 
yang menghampiriku tadi baru beberapa meter jauhnya dari pohon yang 
tumbang itu. Lututku gementar.

Aku meraih anak kecil itu dalam pelukanku. Tuhan masih menyayangiku. 
Masih belum mahu mengambil nyawaku. Dia menghantarkan seorang 
anak kecil bermata bening ini sebagai perantaraan penyelamatku. Bayangkan 
saja kalau anak kecil itu tidak datang di perhentian bas tersebut. Bayangkan 
saja kalau tiada anak kecil itu tidak ditinggalkan diperhentian bas itu sendiri, 
pasti aku tidak akan berjalan ke arah anak kecil itu. Pasti aku sudah mati 
dihempap pokok yang tumbang itu.

Tuhan telah memberikan pertolongan kepadaku melalui perempuan pengemis 
dan anak kecil ini. Anak kecil bermata bening yang pagi tadi kuberikan sebungkus 
biskut untuk meredakan rasa laparnya.


p/s kisah ini yang masih tersimpan dalam file lama, untuk renungan bersama

Saturday, November 2, 2013

Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor


Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.

Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.

Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor.

Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya!



Saturday, October 19, 2013

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari



NIE BODOH NAMENYE…. OTAK LETAK KAT KAKI………

Lelaki ini memang patut disula…..tak berhati perut langsung……….tergamak dia melakukan pada anak darah dagingnya sendiri…….….eeeeee…..geramnyerrr……




Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari
KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – TheMalaysiaInsider


Friday, October 18, 2013

Buang Ibu Kerana Dianggap Membawa Sial!! | Dunia Akhir Zaman



Buang Ibu Kerana Dianggap Membawa Sial!! | Dunia Akhir Zaman |- HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.
Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.

Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu. 

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya. 

“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong. 

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi. 

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya. 

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur. 

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain. 

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu. 

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian. 

Berlainan pula kisahnya dengan seorang muallaf cina yang mesra dipanggil Uncle Chan, 80-an. 

Dia yang sudah 9 tahun lebih tinggal di pusat jagaan orang tua itu pada asalnya di tinggalkan oleh isteri dan tiga anaknya. 

“Sebelumnya saya tiada tempat untuk dituju dan saya berfikir untuk meminta bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan disebabkan saya tiada waris dan anak-anak juga tidak mahu bela saya, jadi mereka hantar saya kesini. 

Katanya, anaknya pernah datang sekali sahaja untuk bertemunya kira-kira dua tahun lepas namun mereka datang bukan untuk menziarah tetapi bersebab. 

“Anak perempuan saya datang hanya minta tandatangan borang izin kahwin dan selepas itu untuk jual rumah,” katanya yang gembira berada di rumah jagaan itu. 

“Saya juga berterima kasih kepada Muji kerana menjaga saya, merawat serta memberi pengisian rohani setiap hari dimana saya dapat belajar mengaji dan mendalami ilmu agama”, katanya yang berasal dari Selangor. 

Menurut Muji, Uncle Chan dibuang isteri dan anak-anaknya kerana dia kini tidak punya harta. 

“Saya difahamkan, dulu dia orang yang berharta tetapi selepas jatuh bankrap keluarganya tidak mahu membelanya lagi. 

“Ketika dihantar oleh pihak MAIS, Uncle Chan sakit terlantar dan tidak punya harta tapi saya pun gembira dapat menjaganya sebab dia tidak mempunyai kerenah”, katanya. 

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas terletak di Puchong dihuni oleh 66 orang tua yang tiada waris dan di urus secara persendirian oleh Muji dan anak-anaknya. 

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, ini semua hasil daripada perniagaan restoran saya dan saya sumbangkan kepada orang-orang tua ini untuk mereka meneruskan hidup.- Malaysiandigest

Monday, September 9, 2013

SUSU IBU jadi kegilaan terbaharu orang kaya




BEIJING - Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.

Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.

“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.

Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan

Friday, September 6, 2013

Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?



Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni.... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

Berbogel Dalam Acara Perang Bantal..



BRUSSELS - 800 laki-laki dan perempuan tunggang langgang tanpa pakaian sehelai pun dalam perang bantal di Brussel, Belgium. Ini merupakan bentuk instalasi seni dari seniman Amerika Syarikat (AS) Spencer Tunick.

Atas nama seni, instalasi yang berjudul "Sleeping Beauties" ini berlangsung di Kastil Gaasbeek, yang letaknya sekira 6 mil dari Ibukota Belgium, Brussels. Karya Tunick memang selama ini lebih banyak mengetengahkan tubuh telanjang laki-laki dan perempuan di tempat awam.

Karyanya kali ini tentu mencengangkan melihat tubuh mongel tanpa sehelai benang pun, saling pukul dengan menggunakan bantal. Lebih 800 orang sepertinya menikmati perang bantal tersebut tanpa rasa risau akan tubuh mongel mereka.

Aksi lebih 800 manusia telanjang ini nantinya diabadikan oleh Tunick dalam sebuah foto.
Ia juga mengatur para sukarelawan yang tanpa pakaian ini dalam berapa pose diakhiri dengan perang bantal.

Tidak terlalu sulit nampaknya bagi Tunick untuk mengatur instalasi seninya. Buktinya, 800 orang tersebut seperti bebas dan merasa nyaman dengan tubuhnya tanpa ditutupi pakaian serta berkumpul bersama di lingkungan luar kastil.

Hebatnya, Tunick tidak mengeluarkan biaya banyak untuk menyelesaikan instalasi seninya ini. Ia bahkan hanya membayar mereka dengan foto edisi terbatas sebagai kompensasi.

Spencer Tunick memang dikenal akrab memberikan karya bogel dari intepretasi seninya. Awalnya ia mengambil foto bogel dari objek di sebuah sekolah di Dulwich, London, Seiring dengan waktu, Tunick pun makin memiliki idea gila mengambil foto objeknya dari lokasi tidak biasa.

Projek bogel terbesar yang pernah dia lakukan adalah di Mexico beberapa waktu lalu.
Ketika itu sekira 18 ribu orang, bersedia difoto bogel di pusat kota Mexico City. Projek ambisius ini ia sebut Zocalo. (IH)

Thursday, August 15, 2013

Satu isteri, dua suami... bolehhh????



Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil! Gila!
December 21, 2011
Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik.
Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!
Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.
Kisahnya begini.
Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful.
Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.
Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis.
Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu.
Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!
Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.
Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu.
Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.
Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap.
Penulis tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman….. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Saturday, July 27, 2013

Sharing home with 11 big cats


I share my home with 11 cats - four cheetahs, five lions and two tigers
Sharing a bed with your furry friend has taken on a whole new meaning for Riana Van Nieuwenhuizen.
The sanctuary worker shares her South African home with not one but FOUR orphaned cheetahs, five lions and two tigers.
Forty-six-year-old Riana said: 'I love them all. But they're a handful.'
Two of Riana Van Nieuwenhuizen big cats fight to be top dog in her South African home
Riana bought her first cheetah, Fiela in 2006, after realising the big cats were in trouble and heading for extinction with only 1000 left in Africa .
She left her full time job working for the department of justice - a position she had held for 22 years - and found temporary employment on a game ranch where she could raise her beloved big cat.
But Riana's real dream was fully realised after she set up the not-for-profit Fiela Funds Cheetah Breeding Project in South Africa to ensure the long-term survival of the cheetah and their ecosystem.
Cat burglar? The cheeky cheetah muscles in for a snatch of sarnie
No cheetah-ing: One big cat offers some furry advice



Happy families: Riana with three of her five white lion cubs Vanilla, Snowball and Snowflake and two tigers
The project spreads over a hectare of land and visitors can meet Fiela and the other cats and even have their pictures taken.
And if you want to outdo your friends in the wedding photo stakes the project also offers newly weds the chance to be snapped cuddling up to a big cat.
The cats in Riana's own home are truly part of the family and are allowed to roam freely.
Fight like cat and dog? Riana's two dogs snuggle up with one big cat
Say cheeeeetah: For the ultimate wedding snap couples can have their picture taken with a cat at the project
They make it known when they are hungry, even jumping up onto work surfaces in an attempt to snatch a bite of whatever's going.
Luckily Riana's two dogs aren't on the menu but instead romp with the cats and even snuggle down with them for a snooze.
The cheetahs have even been known to sit in on the odd card game but whether they offered any cat-like-cunning or poker faces is unknown.





Pukul Anak sbb lipstik Mahal...



KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

Friday, July 26, 2013

Antara Anak Gadis, Ibu & Majikan..!!!



Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.