Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat
yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut
mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik
sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.
Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau
universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran
pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah
saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah
membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke
rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan
gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah
membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak
mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar
bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya
untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada
saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia
menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu
pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut
semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan
ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan
anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan
kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari
air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan
ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala
ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang
bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang
membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya
yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai
membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua
pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis
tersebut lalu dia bertanya : "Apa
yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki
pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa
ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan
ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat
sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan
kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari
pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan
orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama
dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari
rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa
ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan
kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan
dan keperitan yang dialami oleh mereka.
No comments:
Post a Comment