Assalamualaikum WBT,
Mesti kita semua
tertanya-tanya, bagaimana pula keadaan seperti di atas boleh terjadi. Kenapa
boleh berlaku begini? Jika sekali imbas gambar diatas secara logiknya bolehlah
ditafsirkan salah satu cara nak menjimatkan kos. Tiada ruang yang sesuai
untuk memuatkan ‘batang tiang’ tersebut. Maka jalan paling mudah disumbat
melalui cermin belakang kereta tersebut.
Bukan begitu
tafsirannya. Kejadian berlaku apabila sebuah lori open tipper membawa muatan 12
batang ‘tiang’ telah membrek secara mengejut dan hasil brek tersebut telah
menyebabkan 6 batang ‘tiang’ yang dibawanya ‘terbang’ ke depan. Menariknya,
semua 6 batang ‘tiang’ yang ‘terbang’ tersebut terus meluru masuk ke dalam
sebuah kereta yang berada di hadapannya melalui cermin belakang tanpa satu pun
yang tersasar. Kejadian berlaku di KM 4.3 lebuhraya SKVE menghala ke Puchong.
Tiada kecederaan
dilaporkan dan kereta yang mempunyai seorang pemandu dan seorang penumpang
hanya mengalami trauma akibat kejadian tersebut.
Kesesakan teruk
berlaku sejauh 4 kilometer kerana pemandu kenderaan lain bertindak
memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian yang agak pelik
ini. Laluan kembali lancar setelah usaha mengeluarkan tiang tersebut dibuat dan
kenderaan ditarik ke workshop oleh sebuah lori ‘carrier’.
No comments:
Post a Comment