SEORANG lelaki dibawa
polis selepas ditahan penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih, Kuala
Terengganu kelmarin.
KUALA TERENGGANU
– Sejak tiga bulan lalu penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di
sini dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di depan pintu rumah
mereka.
Hampir 15
penduduk pernah menjadi mangsa apabila cecair yang menimbulkan bau kurang
menyenangkan dan tidak diketahui asal-usulnya itu mengotori rumah mereka.
Akhirnya misteri
itu terjawab kelmarin selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22
tahun yang mempunyai hobi pelik iaitu suka melakukan onani di depan pintu rumah
orang.
Seorang penduduk,
Chong Chee Kong, 32, berkata, mereka menahan pemuda berasal dari Kampung
Banggol Air Lilih, Manir itu pada pukul 9 malam kelmarin selepas hampir dua
bulan melakukan intipan.
Katanya, sebelum
ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita yang tinggal di tingkat tiga
dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu
melepaskan nafsunya.
No comments:
Post a Comment