Labels

Friday, May 10, 2013

Bapa Hilang Sabar Heret Anak Ketagih Permainan Komputer



Guagnxi Zhuang, China- Seorang bapa, Lu Tan, 39 terpaksa bertindak keras ke atas anak lelakinya berusia 14 tahun dengan mengheretnya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan telanjang setelah didapati anaknya tidak menghiraukan nasihat dan amaraannya supaya jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer.

Hampir setiap hari Xiaomeng, 14 tahun menghabiskan masanya sepanjang hari dengan memerap di dalam biliknya kerana ketagihan bermain permainan komputer. Amaran yang diberikan berpuluh kali terhadap anaknya seolah-olah seperti sampah. Setelah komputer di rumahnya di humban ke tempat pembuangan sampah oleh ayahnya, Xiaomeng mencuri-curi keluar ke siber kafe pula dan membelanjakan banyak wang.

Akhirnya kesabaran seorang ayah hilang lalu bertindak di luar kawalan. Dia menyerbu siber kafe tersebut, menampar, mengikat tangan dan membogelkannya. Kemudian dia mengheret anaknya di hadapan rakan-rakanya dengan tujuan memberi pengajaran dan kesedaran kepada anaknya bahawa masa depannya bukan bergantung kepada permainan komputer tetapi perlu menumpukan pelajarannya di sekolah dan membantu ayahnya di rumah.
Isteri Lu Tan meninggal dunia ketika anaknya berusia 9 bulan. Semenjak itu dia bekerja keras menanggung keluarga. Akibat terlalu kecewa dengan sikap anaknya dia bertindak demikian demi masa depan anaknya. Dia mahukan anaknya sedar dan menjadi orang yang berguna kemudian hari.

Ulasan
[ Gejala ketagihan permainan komputer [video game] sebenarnya sudah meluas di kalangan kanak-kanak bawah umur di negara kita. Dengan kewujudan banyak siber kafe yang menyediakan kemudahan permainan komputer di pekan dan bandar tambah merumitkan masalah sosial di kalangan anak-anak Melayu terutamanya.

Ibu bapa harus bijak mengawal dan menangani anak mereka agar tidak terjebak dengan masalah ini. Permainan komputer dengan cara yang betul sebenarnya dapat membantu anak-anak kita mengembangkan minda kreatif, membantu meningkatkan penguasaan pemahaman dalam bahasa Inggeris dengan syarat ibu bapa mestilah mengawasi dan memastikan had masa mereka bermain, serta jenis permainan yang sesuai dengan tahap umur anak. Lebih baik jika kemudahan komputer dapat disediakan di rumah untuk mengelakkan anak-anak daripada melepak di siber kafe.
Penguatkuasaan yang longgar juga antara punca gejala buruk ini menghantui kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Pihak berkuasa pula harus lebih tegas terhadap pengusaha siber kafe supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Tindakan tegas dan penguatkuasaan hukuman mestilah dilaksanakan terhadap pengusaha yang melanggar undang-undang.] /Omuo


No comments:

Post a Comment