Labels

Saturday, June 1, 2013

Pelik Tapi Benar



Assalamualaikum WBT,
Mesti kita semua tertanya-tanya, bagaimana pula keadaan seperti di atas boleh terjadi. Kenapa boleh berlaku begini? Jika sekali imbas gambar diatas secara logiknya bolehlah ditafsirkan salah satu cara nak menjimatkan kos.  Tiada ruang yang sesuai untuk memuatkan ‘batang tiang’ tersebut. Maka jalan paling mudah disumbat melalui cermin belakang kereta tersebut.
Bukan begitu tafsirannya. Kejadian berlaku apabila sebuah lori open tipper membawa muatan 12 batang ‘tiang’ telah membrek secara mengejut dan hasil brek tersebut telah menyebabkan 6 batang ‘tiang’ yang dibawanya ‘terbang’ ke depan. Menariknya, semua 6 batang ‘tiang’ yang ‘terbang’ tersebut terus meluru masuk ke dalam sebuah kereta yang berada di hadapannya melalui cermin belakang tanpa satu pun yang tersasar. Kejadian berlaku di KM 4.3 lebuhraya SKVE menghala ke Puchong.




Tiada kecederaan dilaporkan dan kereta yang mempunyai seorang pemandu dan seorang penumpang hanya mengalami trauma akibat kejadian tersebut.



Kesesakan teruk berlaku sejauh 4 kilometer kerana pemandu kenderaan lain bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian yang agak pelik ini. Laluan kembali lancar setelah usaha mengeluarkan tiang tersebut dibuat dan kenderaan ditarik ke workshop oleh sebuah lori ‘carrier’.

No comments:

Post a Comment